Sunday, September 13, 2009

Yeah !!~

Sudah lama tidak keudara..kali ini MangsaKeadaan bersua kembali..last publish 31 March...

Gosh!!

Lame nye tak update..

Skang gua dah ade kat kl..mane2 kutu yang nak lepak same2..leh roger gua..

Sekian!!~

p/s:- gua takde idea ni ekceli..men tulis je kan..lantakk!!~

Tuesday, March 31, 2009

Bukan Entri Sampah

Memandangkan gua sudah hampir sebulan tidak update blog gua ni.Gua nak mengambil kesempatan ini untuk menulis seberapa patah perkataan yang gua agak dapat dijadikan entri gua.

Oleh itu gua ingin bercerita tentang satu hal.

"lu orang pernah usha victoria secret fashion show?kalo berani ce taip kat google ke mane2 ejen pencarian terkemuka di komputer anda..amacam??

Wednesday, February 18, 2009

permintaan ramai

kring kring kring..!!

gua bukan nak jual eskrem kat sini.gua hanya nak promote something yang lu orang tidak tahu.

mau tahu?

pm gua..

Monday, February 16, 2009

Agak agak la


Lu orang agak agak la, kalau gua gi tempat kerja gua dengan membimbit senaskah Utusan Melayu versi jawi ataupun News Straits Times versi English, pastu gua duduk di meja gua sambil rokok dicucuh di tangan pastu kopi panas atas meja gua, bos gua bagi naik gaji ke bagi penampar?

Memang tak dapat dinafikan la, kalau dah macam itu keadaan nya, memang gua comfirm dapat naik gaji, pastu dengan notis 24 jam gua kena berambus dari kompeni tu, ye tidak?

Paling tidak pon bos gua belanja gua penampar kaw kaw dan bercerita tentang hikayat kena terajang versi jawa.

Kerana mengikut firasat gua, hanya orang orang yang tidak ada kerja sahaja especially pakcik-pakcik yang dah retired sahaja yang boleh melakukan perkara sedemikian rupa.Oleh yang demikianlah gua berpendapat yang apabila gua masuk pejabat gua dan baca paper, sudah tentu bos gua akan berpendapat yang gua memang tidak ada kerja dan memang gua sengaja nak cari pasal dengan dia.

Nasib baik la gua tidak pernah melakukan perkara sedemikian rupa di ruangan pejabat gua..

Saturday, January 10, 2009

iPod terbaru keluaran 'Apple'


Tadi tengahari tepat jam 12.27 tengahari gua melayari internet di opis gua dengan keadaan cuak bercampur debar di dada, mana tahu boss gua serang hendap gua seperti hari hari sebelum ini.Gua tidak mahu kejadian tragis yang menimpa Mohd Amin berlaku ke atas diri gua.

Tiba-tiba member gua ada letak status berupa sebuah link di status nick ym beliau.Gua agak link tersebut mungkin begitu stylo, kalau tidak masakan beliau mahu meletak status sebegitu rupa.

Bila gua click kat link tersebut gua terus sebut 'wow!!~' di dalam hati gua.Page itu sungguh cool secool Datuk M.Yang gua maksudkan adalah ipod nano terbaru keluaran epal.

pehh..!!

Kalo korang nak usha dengan lebih lanjut korang boleh usha melalui link di tertera di kaca monitor anda.

click di sini

Tuesday, January 6, 2009

Kisah Terbaru Gua Yang Cuak Bertempat


Kalau dulu gua boleh bertapa dalam bilik di rumah gua surfing internet sampai muntah.Tapi sekarang, gua terpaksa check-line setiap kali gua habis menaip dua patah perkataan atau lebih kurang dua minit (slow gila gua menaip!).

demmit!!

Tapi ini bukan menandakan yang gua seorang mata-mata gelap pihak polis ataupun pihak berkuasa tempatan.Gua hanya sekadar ingin melihat ke kiri, ke kanan dan ke belakang takut takut boss gua melakukan serang hendap dari belakang.

Gua tak mahu kejadian hitam yang menimpa rakan seofis semalam berlaku pada diri gua.Seperti yang rakan-rakan ofis yang lain sedia tahu,Mohd Amin (bukan nama sebenar) adalah seorang pendownload youtube yang tegar.Setiap kali musim air bah setiap kali pantai berubah setiap kali itulah dia akan mendownload video video klip kegemaran beliau tanpa segan silu.Sehinggalah suatu hari...

Boss : "You buat ape ni??"
Mohd Amin :"I download berita boss, sejak berada di pulau ni..I jarang dapat dengar berita apa yang sedang berlaku di dalam malah di luar negara..begitu juga berita sukan.
."
Boss : OoOo..takpe takpe.

Padahal beliau tengah asyik mendownload video klip radiohead terbaru kegemaran beliau..

shittt!!!


notakaki:kalau setiap kali siap dua patah perkataan yang gua taip lebih kurang dalam dua minit dan ketika itulah gua menoleh ke kiri ke kanan ke belakang untuk check line,dan setiap kali menoleh mengambilmasa selama 2 minit.Lu orang bayangkanlah berapa lama gua ambil masa nak siapkan post ni.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru



Gua sebenarya takde niat nak menerangkan lebih lanjut pasal sambutan tahun baru gua,cuma gua nak menekankan disini, inilah kali pertama gua update blog gua setelah sekian lama tak update.deymn!!

Kalau dulu gua memang tiap-tiap malam update blog, tapi sekarang tidak lagi.Tempat tinggal gua sekarang takde internet+kalo ada pun mesti dipantau secara membabi buta..celaka.Tapi berpegangkan falsafah gua yang menyatakan 'Gua sentiasa cool' jadi gua tanak ambil tau pasal semua benda-benda ni,yang penting kalau ada masa gua kasi y'all update terbaru gua..pehh.

notakaki:gua sekarang berada di sebuah cc kurang ternama di bandaraya gelang patah