Saturday, January 10, 2009

iPod terbaru keluaran 'Apple'


Tadi tengahari tepat jam 12.27 tengahari gua melayari internet di opis gua dengan keadaan cuak bercampur debar di dada, mana tahu boss gua serang hendap gua seperti hari hari sebelum ini.Gua tidak mahu kejadian tragis yang menimpa Mohd Amin berlaku ke atas diri gua.

Tiba-tiba member gua ada letak status berupa sebuah link di status nick ym beliau.Gua agak link tersebut mungkin begitu stylo, kalau tidak masakan beliau mahu meletak status sebegitu rupa.

Bila gua click kat link tersebut gua terus sebut 'wow!!~' di dalam hati gua.Page itu sungguh cool secool Datuk M.Yang gua maksudkan adalah ipod nano terbaru keluaran epal.

pehh..!!

Kalo korang nak usha dengan lebih lanjut korang boleh usha melalui link di tertera di kaca monitor anda.

click di sini

Tuesday, January 6, 2009

Kisah Terbaru Gua Yang Cuak Bertempat


Kalau dulu gua boleh bertapa dalam bilik di rumah gua surfing internet sampai muntah.Tapi sekarang, gua terpaksa check-line setiap kali gua habis menaip dua patah perkataan atau lebih kurang dua minit (slow gila gua menaip!).

demmit!!

Tapi ini bukan menandakan yang gua seorang mata-mata gelap pihak polis ataupun pihak berkuasa tempatan.Gua hanya sekadar ingin melihat ke kiri, ke kanan dan ke belakang takut takut boss gua melakukan serang hendap dari belakang.

Gua tak mahu kejadian hitam yang menimpa rakan seofis semalam berlaku pada diri gua.Seperti yang rakan-rakan ofis yang lain sedia tahu,Mohd Amin (bukan nama sebenar) adalah seorang pendownload youtube yang tegar.Setiap kali musim air bah setiap kali pantai berubah setiap kali itulah dia akan mendownload video video klip kegemaran beliau tanpa segan silu.Sehinggalah suatu hari...

Boss : "You buat ape ni??"
Mohd Amin :"I download berita boss, sejak berada di pulau ni..I jarang dapat dengar berita apa yang sedang berlaku di dalam malah di luar negara..begitu juga berita sukan.
."
Boss : OoOo..takpe takpe.

Padahal beliau tengah asyik mendownload video klip radiohead terbaru kegemaran beliau..

shittt!!!


notakaki:kalau setiap kali siap dua patah perkataan yang gua taip lebih kurang dalam dua minit dan ketika itulah gua menoleh ke kiri ke kanan ke belakang untuk check line,dan setiap kali menoleh mengambilmasa selama 2 minit.Lu orang bayangkanlah berapa lama gua ambil masa nak siapkan post ni.

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru



Gua sebenarya takde niat nak menerangkan lebih lanjut pasal sambutan tahun baru gua,cuma gua nak menekankan disini, inilah kali pertama gua update blog gua setelah sekian lama tak update.deymn!!

Kalau dulu gua memang tiap-tiap malam update blog, tapi sekarang tidak lagi.Tempat tinggal gua sekarang takde internet+kalo ada pun mesti dipantau secara membabi buta..celaka.Tapi berpegangkan falsafah gua yang menyatakan 'Gua sentiasa cool' jadi gua tanak ambil tau pasal semua benda-benda ni,yang penting kalau ada masa gua kasi y'all update terbaru gua..pehh.

notakaki:gua sekarang berada di sebuah cc kurang ternama di bandaraya gelang patah