Saturday, December 20, 2008

Mungkin Anda Tidak Sedar


Sesuatu yang anda tidak sedar atau tidak terfikir langsung.

a) Sekurang-kurangnya ada lima orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
b) Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
c) Sebab utama seseorang membenci anda kerana dia ingin menjadi seperti anda.
d) Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
e) Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur
f) Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
g) Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
h) Anda seorang yang istimewa dan unik.
i) Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
j) Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmat disebaliknya.
k) Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula, mungkin anda yang memikirkan mereka.
l) Apabila anda terfikir dan tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
m) Kenangilah segala pujian yang anda terima, lupakanlah segala maki hamun, caci dan cela.
n) Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda, anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
o) Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah sahabat yang terbaik.

"Mari Membunuh Kebosanan"kata Datuk M

courtesy of mohdismail [dot] net

Sebenar nya..entri yang akan gua tulis ini dah lama disiarkan oleh Datuk M,tapi sengaja gua terbitkan semula kerana ketiadaan topik hangat yang akan gua bincangkan.

Menurut kata Datuk M,
"Aku bosan di’bilik & aku buka Photoshop mencuba membuat kolaj secara elektronik buat pertama kali. Aku struggle untuk budget panjang & lebar untuk setiap imej. Crop, drop masuk canvas, tak fit, delete, crop lagi sampai fit. Kalau tengok betul-betul, memang terabur garis-garis dalam kolaj bodoh aku ini. Siapa ada tutorial untuk buat kolaj dengan mudah & senang? Ajarkan aku."

Actually yang gua nak simpulkan di sini..kolaj tuh memang menarik sebab melibatkan gambar gua bersama seorang gadis yang teringin nak mengambil gambar bersama gua.Terus Datuk M men'snap' gambar kitorang yang ketika itu sedang lepak2 menikmati goreng pisang panas bersama air oren di sebuah cafe..ahaks.

Friday, December 19, 2008

Entri Tanpa Guna (1)

Ini posting pertama gua yang akan melibatkan sesuatu yang kurang berguna,gua agak.
Tapi lagu ini memang bermakna pada gua..kes kes !!

Apa apa pun..Enjois!!

Wednesday, December 17, 2008

Keje Baru ( Work New)


Hari ni gua terima satu panggilan palsu.Gua kene pecat dari tempat keja gua sekarang.Ooh,tidak!!

Ye ye..memang betul..panggilan tuh memang palsu sebab bukan gua kena pecat..Tapi gua memang kena keja tempat lain,tempat baru.Bukan kena pecat seperti sangkaan orang ramai.

Oleh itu,gua ucapkan semoga berjaya pada diri gua,walaupun dalam hati,gua cuak gila.Tapi takpe..bak kate orang,kalau tak dipecahkan ruyung nya,manakan dapat sagu nya..