Tuesday, January 6, 2009

Kisah Terbaru Gua Yang Cuak Bertempat


Kalau dulu gua boleh bertapa dalam bilik di rumah gua surfing internet sampai muntah.Tapi sekarang, gua terpaksa check-line setiap kali gua habis menaip dua patah perkataan atau lebih kurang dua minit (slow gila gua menaip!).

demmit!!

Tapi ini bukan menandakan yang gua seorang mata-mata gelap pihak polis ataupun pihak berkuasa tempatan.Gua hanya sekadar ingin melihat ke kiri, ke kanan dan ke belakang takut takut boss gua melakukan serang hendap dari belakang.

Gua tak mahu kejadian hitam yang menimpa rakan seofis semalam berlaku pada diri gua.Seperti yang rakan-rakan ofis yang lain sedia tahu,Mohd Amin (bukan nama sebenar) adalah seorang pendownload youtube yang tegar.Setiap kali musim air bah setiap kali pantai berubah setiap kali itulah dia akan mendownload video video klip kegemaran beliau tanpa segan silu.Sehinggalah suatu hari...

Boss : "You buat ape ni??"
Mohd Amin :"I download berita boss, sejak berada di pulau ni..I jarang dapat dengar berita apa yang sedang berlaku di dalam malah di luar negara..begitu juga berita sukan.
."
Boss : OoOo..takpe takpe.

Padahal beliau tengah asyik mendownload video klip radiohead terbaru kegemaran beliau..

shittt!!!


notakaki:kalau setiap kali siap dua patah perkataan yang gua taip lebih kurang dalam dua minit dan ketika itulah gua menoleh ke kiri ke kanan ke belakang untuk check line,dan setiap kali menoleh mengambilmasa selama 2 minit.Lu orang bayangkanlah berapa lama gua ambil masa nak siapkan post ni.

2 comments:

  1. hahaha!! gilee...oit...ko kene tag ngan aku...sila jawap okee

    ReplyDelete
  2. haha..lame gile komen ni..tak sedar doo..

    ReplyDelete