Monday, December 15, 2008

Ceritera Rakan Bundle Gua

Kelmarin (13/12/2008)..

Gua bersama Najeb dan dua orang rakan kami..(aku baru kenal) bergerak ke Tanah Merah semata mata untuk mengusha barang bundle yang dikatakan baru dibelah guni nya di beberapa port panas bundle di Tanah Merah.

Sedang dalam perjalanan ke sana.tetiba rakan gua, gua namakan sebagai Rakan no. 1 bercerita tentang satu kisah yang amat menarik perhatian gua.
Sambil menarik nafas panjang dan berjela,beliau memulakan cerita.Ceritanya begini..


"Y'all tau (ala2 nigel sket) gua ada member, memang gua tak nafikan yang beliau adalah antara perokok2 tegar di sekolah gua.Tetiba satu malam ketika tengah syok hisap Saat (tentunya yang dikongsi beramai ramai seramai 5 orang) dengan tidak sengaja beliau telah diambush oleh warden.

Tanpa sempat melarikan diri,beliau telah ditangkap oleh warden lantas dibuang sekolah
dan dimasukkan dalam penjara.Disebabkan beliau adalah perokok tegar,semasa di dalam penjara beliau meneruskan tabiat merokok di dalam penjara,lalu sekali lagi beliau dibuang penjara..!!!"kata Rakan no. 1 gua dengan bersemangat..

Gua tengah melayan lagu dangdut dalam kereta kelisa berbody kit skyline kepunyaan Najeb melepaskan gelak seperti melepaskan batuk di tangga sekuat dan sepenuh hati..

Kata gua dalam hati..

"Ape ke lahanat member ko wat lawak ni Najeb..."

lalu dijawab oleh Najeb (juga dalam hati)

"ntah la Labu.."


Moral of the story=Merokok Membahayakan Kesihatan.Amaran oleh Kerajaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment